About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Wednesday 5 October 2011

Tanda Kasih dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

     Seronoknya dapat barang percuma, apatah lagi barang yang diberi itu adalah barang yang sangat berharga dan merupakan keperluan. Yang memberi pula adalah daripada seseorang yang dikasihi, yang tentunya pemberian itu diingati sampai ke mati dan memberi kesan perhubungan yang mendalam.

     Namun dalam pada itu, ada pula segelintir yang mudah lupa akan barang berharga yang diperolehinya itu dan tidak memperdulukan perasaan orang yang telah memberinya. Itulah lumrah manusia.

     Dalam pada itu, ada sesuatu lagi yang manusia lupa akan pemberian percuma. Ia sememangnya ada pada kita sama ada sedar atau tidak iaitu oksigen yang kita sedut, denyutan nadi, aliran darah yang tidak berhenti, kesemuanya diberi sejak lahir ke dunia hingga ke saat ini. Siapa yang memberinya? Ya Allah s.w.t.

     Kalau Allah berkira dan charge segala yang disebut tadi kepada kita nescaya tidak terbayar oleh kita akan bil oksigen, bil denyutan nadi, dan bil aliran darah. Lihatlah Allah memberi sesuatu yang amat tinggi nilainya itu dengan percuma. Dan kita memerlukannya sepanjang hidup kita. kalau tidak, maka kita diucapkan " Innalillah wa inna ilaihi rojiuun".

     Cuba fikirkan seketika, seandainya mata kita sakit, merah menyala, berair dan sukar untuk dibuka terutama khususnya selepas tidur panjang. Ketika sujud pula terasa hampir terkeluar biji mata dan sukar untuk melihat. Bayangkan pula jika kita tidak dapat melihat untuk beberapa minit. Apatah lagi nikmat pengelihatan kita ditarik terus dan menjadi buta. Ketika itu barulah kita merasakan besarnya nikmat mata celik yang dikurniakan Allah walaupun seringkali manusia itu melupakan kasih Pencipta yang Maha Agong.

     Lihatlah sekeliling bumi kita yang terbentang luar, burung berkicauan, ikan di laut, haiwan di hutan, serangga melata, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, hujan, cahaya matahari, udara, air sungai, api yang menyala. Semuanya itu saling memerlukan dan saling melengkapi. Perlu difaham semuanya tidak dijadikan  Allah tidak sia-sia. Daripada semuanya itulah terbitnya makanan, minuman, ubat-ubatan, sayur-sayuran, dan segala sumber rezeki untuk kita. Semua dan segalanya dinikmati oleh kita dari Allah secara percuma.

      Justeru segala yang kita miliki dan perolehi ini tanda kasih Allah s.w.t. kepada hambaNya. Sebagai syarat kita terima tanda kasih Allah itu, hendaklah kita bersyukur serta menguatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan meningkatkan ibadah serta menjauhi apa yang dilarang. Ayuh kita bersujud kepada Allah s.w.t atas cinta dan belas kasih sayangNya kepada kita yang lemah, kerdil dan miskin tidak berdaya ini.

Sumber : GenQ oleh Ustaz Zamri Zainuldin



No comments:

Post a Comment