About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday 24 October 2011

Air Anugerah Allah Kepada Manusia


Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' 21:30 yang bermaksud :
" Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tidak mahu beriman ?"

Setelah manusia melihat, merasa, menggunakan dan mengkaji kepentingan air, mengapakan pula mereka masih tidak mahu beriman ?



Menurut Tafsir al Jalalain, Allah menjadikan air turun dari langit dan terbit dari bumi untuk menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini kerana air adalah keperluan utama hidupan untuk kelangsungan hidup.
Firman Allah dalam surah al Hajj 22:5 yang bermaksud:
" Dan engkau melihat bumi ini kering kaku, namun apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanah ( dengan tumbuh-tumbuhan yang merencap tumbuhan ) dan gembur membusutlah ia, serta ia menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai"

Tumbuhan memerlukan air untuk hidup, manakala manusia serta haiwan memerlukan tumbuhan untuk makan dan hidup. Oleh itu air adalah sumber kehidupan yang utama kepada semua makhluk.

Menurut Ikrimah, antara nikmat syurga ialah terdapatnya sungai-sungai yang mengalir di dalamnya air yang tidak berubah. Ini petunjuk jelas bahawa air adalah nikmat utama kepada kehidupan manusia di dunia dan juga diakhirat.
Firman Allah dalam suran Muhammad 47: 15 yang bermaksud
" Sifat syurga yang telah dijanjikan  kepada orang yang bertaqwa( sangat istimewa ) Di dalamnya terdapat beberapa sungai daripada air yang tidak berubah( rasa dan baunya ) dan beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya ( menjadi masam ) serta beberapa sungai arak yang lazat bagi orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai daripada madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan serta keredhaan daripada Tuhan mereka. ( Adakah orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya ) sama seperti orang yang tinggal kekal di dalam neraka diberi minum daripada air yang menggelegak sehingga menghancurkan isi perut mereka ? ( Sudah tentu tidak sama sekali ).



Setitik air mampu memberikan keinsafan kepada manusia yang menghargai anugerah Allah. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment