About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday 15 February 2016

15012016 Dalam Kenangan

Alhamdulillah syukur kerana diberikan kesihatan semula olehMu Ya Allah untuk aku meneruskan hidupku di muka bumiMu yang indah ini. Sebulan yang lalu 15012016, aku telah selamat menjalani pembedahan membuang pundi hempedu melalui kaedah pembedahan Laparoskopi. Semua debaran, kebimbangan dan ketakutan yang Allah berika ketika itu telah berjaya aku lalui. Syukur, kerana pembedahan itu berjaya dilakukan oleh doktor2 yang hebat di Hospital Taiping. Terima kasih kepada semua insan-insan yang banyak membantu dan mendoakan aku sepanjang tempoh pembedahan dan sepanjang tempoh penyembuhan tersebut.Hmmm...hidup tanpa pundi hempedu. Itulah aku pada ketika ini. Agak sedih kerana gagal menjaga tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Pundi hempeduku ada batu-batu...huhu... batu yang tidak dapat ku bayangkan pada saat ia mula dikenalpasti oleh doktor. Keadaan menjadi lebih kritikal kerana ada batu yang telah terrrkeluar dari pundi hempedu dan berada pada salur pankres hingga menyebabkan rasa sakit yang amat sangat. Allahu Akbar...masih terbayang lagi saat-saat itu. Baik dari sakit...tubuh badan ku mula berwarna kuning. Kuninggggg....huhu... jaundis menurut doktor. Keadaan ini menyebabkan aku terpaksa keluar masuk hospital yang menakutkan.... untuk melakukan ERCP. ERCP di Hospital Alor Setar, bertujuan mengeluarkan batu yang terkeluar dari pundi hempeduku....huhu... kali pertama nampak batu. Batu dalam badanku. Agak besar dan membawa kepada keputusan drastik oleh doktor iaitu.... hempeduku perlu di buang. Laparoskopi telah dilakukan oleh doktor-doktor di hospital Taiping... mengambil masa 3 jam lamanya. Kini...aku sihat hidup tanpa hempedu. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memberikan kesihatan kepadaku.