About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Wednesday, 30 November 2011

Belajar daripada Alam

Agungnya Ciptaan Mu..

Allah Azzawajalla Yang Maha Agung. Walaupun tidak perlu diperkenalkan lagi secara ditil tentang Allah, namun hakikatnya masih ramai yang gagal mengenal Allah. Proses mengenal Allah juga tidak mampu dicapai sekadar membaca Al Quran. Proses mengenal Allah hanya boleh diperoleh menerusi ilmu, rasa, amalan yang istiqamah dan hidayat dari Allah. Kita juga boleh belajar dari alam untuk mengenal Allah s.w.t.
Allah swt tidak menciptakan alam ini dengan sia-sia. Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa. Selain menjadi tempat manusia melaksanakan tujuan hidup sebagai hamba Allah dan khalifah, alam juga adalah hasil karya dan ciptaan agung Allah untuk mengajar dan mendidik manusia mengenal Allah.

Lihatlah alam yang begitu tersusun dan teratur. Mustahil tiada Pencipta dan Pengaturnya. mustahil semuanya berlaku secara kebetulan. Rasional dan logik akal menolak alam ini terjadi dengan sendirinya. Kalimah yang sering diulang-ulang oleh guru yang mengajar Tauhid adalah, bukti adanya Allah adalah adanya alam ini.

Selagi manusia berada di alam ini, dia harus belajar daripada alam. Sayangnya, ramai manusia yang gagal belajar daripada alam. Lihat betapa ramai manusia yang melihat nikmat, tetapi melupakan Pemberi Nikmat ( Allah ). Ramai yang memuji alam tetapi tidak memuji Penciptanya ...




Bersolat Tanda Beriman Kepada Allah


5 SEBAB KENAPA BERSOLAT

1. SOLAT MENJADI BUKTI PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH SWT
Solat adalah bukti pengabdian diri seorang hamba kepada Allah s.w.t . Ia juga tanda seorang hamba itu beriman kepada Allah. Firman Allah dalam surah al Zumar ayat 11 yang bermaksud :
"Katakanlah lagi ( wahai Muhammad ) Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya.

2. SOLAT MENJADI SUMBER KETENANGAN DALAM DIRI
Ibadah solat mempu menjana perasaan tenang dalam diri. Apabila kita bersolat, seluruh jiwa kita serahkan kepada Allah s.w.t. Ini dinyatakan dalam surah al Ra'd ayat 28 yang bermaksud :
" (Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.

3. SOLAT MENJADI BENTENG DIRI DARIPADA PERKARA MUNKAR
Solat yang sempurna daripada aspek hukum hakamnya berserta dengan kualiti khusyuk, mampu menjadi perisai kepada perkara-perkara keji dan munkar. Allah berfirman dalam surah alAnkabut ayat 45 yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ( faedahnya dan kesannya ) dan ingatlah Allah mengetahui akan apa-apa yang kamu kerjakan"

4. SOLAT ADALAH CIRI-CIRI ORANG YANG BERJAYA
Solat adalah perkara utama yang akan dinilai oleh Allah s.w.t. Pada penilaian Allah, orang yang melaksanakan ibadah solat dengan khusyuk ialah orang yang berjaya disisiNya. Firman Allah s.w.t dalam surah al Mu'minun ayat 1 dan 2 yang bermaksud:
" Sesungguhnya berjayalah orang yang berilmu ( Iaitu )  mereka yang khusyuk dalam solatnya"

5. SOLAT ADALAH TANDA SYUKUR
Ibadah solat pasti menjadi cermin kepada orang yang mensyukuri nikmat Allah. Sebagai tanda mereka bersyukur kepada Allah, orang yang beriman pasti akan menunaikan solat dengan penuh khusyuk. Firman Allah dalam al Kawthar ayat 1-3 yang bermaksud:
" Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban ( sebagai bersyukur ). Sesungguhnya orang yang bencikan Engkau, dialah yang terputus daripada mendapat sebarang perkara yang diingini.


Saturday, 26 November 2011

Al Raqib Allah Maha Mengawasi


Allah Maha Mengawasi

Ketinggian Ihsan




Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik. Dari segi syarak, peribadatan insan terhadap Allah ( Penciptanya ) seolah-oleh dia melihat Allah. Seandainya dia tidak dapat melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat dirinya, peribadatannya dan mengetahui isi hatinya.


Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Saturday, 12 November 2011

Matlamat Hidup


Kejadian manusia adalah sebaik-baiknya berbanding dengan makhluk yang lain. Mereka juga sebagai penerima kurniaan Allah SWT yang terbanyak. Bersesuaian dengan sifatnya dikenali sebagai semulia-mulia kejadian, mereka diamanahi dengan tugas dan tanggungjawab yang luhur, yang hanya diberikan kepada mereka sahaja.

... Adakah kamu fikir, kami jadikan kamu dengan sia-sia sahaja dan kamu sangka kamu tidak kembali kepada kami ( pada hari pembalasan )....


Persoalan yang ditimbulkan melalui wahyu ini sewajarnya menjadi bahan renungan yang intim dalam jiwa setiap Muslim yang ingin meningkatkan ketaqwaan kepada Penciptanya. Kalaulah seekor semut pun ada manfaatnya dari kejadiannya, apa lagi insan yang sempurna kelahirannya.

Tegasnya kelahiran anak Adam di muka bumi adalah untuk melaksanakan amanah Allah. Amanah ini mestilah dilalui dengan berdasarkan keimanan dan keikhlasan hati yang tujuannya semata-mata mendapat keredhaanNya. Syariat Islam yang dijalani dapat melambangkan kepatuhan seseorang terhadap agama dan selaras dengan ajaran Islam yang berlandaskan perinsipnya kepada tiga faktor iaitu pengakuan dengan lisan, tasdiq dengan hati dan amalan dengan tubuh badan. Amal ibadah yang dilakukan dengan ikhlas, dapat melambangkan kejernihan hati serta ketaqwaan terhadap Allah.

Ketepatan janji Allah



Kepatuhan dan keingkaran manusia tehadap suruhan Al Quran dan Hadis Nabi bukan sesuatu yang kosong, tanpa hisab dan nilaian. Segala-galanya dicatat dan diberi balasan yang sepadan dengan amalan mereka. Allah bersifat Maha adil. Allah tidak pernah menzalimi hambanya, tetapi mereka yang menzalimi diri sendiri. Amalan yang baik akan dibalas dengan syurga dan yang jahat pasti menerima balasan neraka iaitu seburuk-buruk tempat balasan.

....Maka ada pun yang melampau ( derhaka terhadap perintah agama ) serta mengutamakan kehidupan dunia semata-mata maka neraka jahanamlah tempat kediamannya dan orang yang takutkan kebesaran Tuhannya serta menahan hawa nafsunya maka syurgalah tempat kediamannya...

Demikianlah keadilan Allah SWT keatas hamba-hambanya. Terserahlah kepada manusia yang telah dibekalkan akal fikiran yang waras untuk menentukan matlamat hidupnya yang dipilih dan tuhan akan menghakimi pilihan mereka seadil-adilnya
Wallahu A'lam