About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Saturday 3 December 2011

Pohon Iman


Pohon Iman
Analogi sebatang pokok.

          Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang yang kuat ia belajar menahan terik matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan. Setelah melalui semua itu, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang kuat.

          Marilah kita menjadi seperti pohon yang kuat itu. Mempunyai akar aqidah yang kuat yang mampu menjadikan kita sentiasa kukuh dengan ibadah, bercabangkan fardhu kifayah, berdaunkan ibadah sunat dan berbuah dengan akhlak. Sesungguhnya akar aqidah yang kukuh mampu menjadikan kita manusia yang sentiasa menjunjung perintah dan beriman kepada Allah yang Maha Mencipta. Jadilah manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan yang masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.

No comments:

Post a Comment