About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sunday 30 October 2011

Jagalah Allah Nescaya Allah Menjagamu

                                                                                                         Nota : Gambar sekadar hiasan
                                        

Daripada Abu Anas, Abdillah bin Abbas r.a. berkata : Saya pernah berada dibelakang Nabi SAW pada suatu hari, maka beliau bersabda, Maksudnya :

" Wahai anak, saya hendak mengajarimu beberapa kalimah : Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu : Jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya bersamamu : jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah. Ketahuilah bahawasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu. Telah diangkat kalam dan telah kering tinta (dakwat) lembaran-lembaran itu (tintanya)                 
                                             Riwayat Ahmad, al Tirmizi dan al Hakim

Dalam riwayat selain Imam Al Tirmizi disebutkan :

Maksudnya " Jagalah Allah nescaya engkau mendapatiNya di hadapanmu : kenalilah Allah pada waktu lapang nescaya Dia mengenalimu pada waktu kesusahan. Katahuilah, bahawa apa yang luput daripadamu tidak bakal mengenalimu, dan apa yang mengenalimu tidak bakal luput daripadamu. Ketahuilah bahawa bersama kesabaran ada kemenangan : bersama kesusuhan ada jalan keluar, dan bersama kesulitan ada kemudahan ".

Antara pengajarannya :
1. Jangan meminta apa pun selain daripada Allah.
2. Hanya kepada Allah kita panjatkan doa dan meminta pertolongan kerana Dia Maha Dekat, Maha Menjawab, Maha Kuat dan merupakan Zat yang tidak pernah memberi, Mintalah pertolongan kepada selain daripada Allah SWT merupakan kehinaan, kerendahan, dan kelemahan.
3. Orang yang selalu bersyukur kepada Allah SWT akan mendapat perhatian, perlolongan dan perlindungan.

Wallahu Alam

Tahap Penciptaan Manusia dan Ketentuannya


Daripada Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW yang jujur, benar lagi membenarkan telah bersabda yang bermaksud:
" Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah (sperma), kemudian menjadi mudghah (segumlap darah) selama itu juga, kemudian diutus malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menulis empat perkara : rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan sensara atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk ke dalamnya. Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga, dia pun masuk ke dalam syurga "

                                                   ( Riwayat al Bukhari no 3208 dan Muslim no 2643(1) )

Monday 24 October 2011

Allah Maha Berkuasa

Asal Kejadian Manusia
Firman Allah SWT dalam surah Al Furqan 25:54 yang bermaksud :
" Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air ( sperma ), lalu dijadikannya mempunyai pertalian nasab dan hubungan kekeluargaan dan sememangnya Tuhanmu berkuasa ( menciptakan, apa jua yang dikehendakiNya )"

Firman Allah SWT dalam surah al-Tariq 86:6 yang bermaksud
" Ia ( manusia ) diciptakan dari ( mani ) yang memancut ( ke dalam rahim)"

Firman Allah dalam surah al Sajadah 32:8 yang bermaksud
" Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu daripada sejenis pati iaitu daripada air ( benih ) yang menjijikkan "



5 juta sel sperma sekaligus berenang menuju sel telur yang bersembunyi pada saluran sel telur. Walaupun sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel sahaja yang berjaya menembus dinding telur.
Kini, bayi berbentuk embrio. Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan urat besar yang membawa darah ke jantung.
 
Firman Allah dalam Surah Anbiya' 21:30 yang bermaksud
Dan daripada air, kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak mahu juga beriman ?
 

Air Anugerah Allah Kepada Manusia


Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' 21:30 yang bermaksud :
" Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tidak mahu beriman ?"

Setelah manusia melihat, merasa, menggunakan dan mengkaji kepentingan air, mengapakan pula mereka masih tidak mahu beriman ?



Menurut Tafsir al Jalalain, Allah menjadikan air turun dari langit dan terbit dari bumi untuk menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini kerana air adalah keperluan utama hidupan untuk kelangsungan hidup.
Firman Allah dalam surah al Hajj 22:5 yang bermaksud:
" Dan engkau melihat bumi ini kering kaku, namun apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanah ( dengan tumbuh-tumbuhan yang merencap tumbuhan ) dan gembur membusutlah ia, serta ia menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai"

Tumbuhan memerlukan air untuk hidup, manakala manusia serta haiwan memerlukan tumbuhan untuk makan dan hidup. Oleh itu air adalah sumber kehidupan yang utama kepada semua makhluk.

Menurut Ikrimah, antara nikmat syurga ialah terdapatnya sungai-sungai yang mengalir di dalamnya air yang tidak berubah. Ini petunjuk jelas bahawa air adalah nikmat utama kepada kehidupan manusia di dunia dan juga diakhirat.
Firman Allah dalam suran Muhammad 47: 15 yang bermaksud
" Sifat syurga yang telah dijanjikan  kepada orang yang bertaqwa( sangat istimewa ) Di dalamnya terdapat beberapa sungai daripada air yang tidak berubah( rasa dan baunya ) dan beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya ( menjadi masam ) serta beberapa sungai arak yang lazat bagi orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai daripada madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan serta keredhaan daripada Tuhan mereka. ( Adakah orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya ) sama seperti orang yang tinggal kekal di dalam neraka diberi minum daripada air yang menggelegak sehingga menghancurkan isi perut mereka ? ( Sudah tentu tidak sama sekali ).



Setitik air mampu memberikan keinsafan kepada manusia yang menghargai anugerah Allah. Wallahu a'lam

Saturday 8 October 2011

Tidak Selamanya Mentari Bersinar


 

Selagi mentari masih meminjamkan sinarnya. Kita masih punya ruang untuk mendapatkan cintaNya. Matahari adalah sebiji bintang yang besar. Ia kelihatan seperti bola yang sangat panas dengan api yang marak. Saiz matahari begitu besar sehingga mampu memuatkan 1.3juta saiz planet bumi. Kepanasan dan cahaya daripada bola api ini mampu merentasi jarak sejauh 149.6 juta kilometer untuk sampai ke bumi dan menjadi sokongan utama kepada kehidupan bumi. Bukan  itu sahaja, matahari merupakan asas penting dalam pembentukan sistem suria dan bumi juga adalah salah satu planet dalam sistem suria tersebut.
Tahukah anda didalam Al Quran terdapat satu surah yang dinamakan dengan surah Matahari iaitu Surah As-Syams. Firman Allah yang bermaksud
" Demi matahari dan cahayanya di pagi hari" 
surah As Syam 91:1
Meneliti kejadian matahari dan hubung kaitnya seperti yang dinyatakan oleh ahli Sains maka akan tersemat dalam hati manusia yang memiliki fitrah kemanusiaan dan panduan akal yang tahu batasannya bahawa matahari merupakan kejadian yang cukup hebat dan pencintanya iaitu Allah adalah Maha Hebat.

Sumber : Gen Q tulisan Ustaz Amly Asenar

Wednesday 5 October 2011

Mari Mengenal Allah


Anak-anak kecil ibarat kain putih bersih yang perlu dibentuk untuk mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yang kukuh.

Asas yang dipancang dengan padu dalam jiwa ini akan dapat melahirkan insan yang dapat memperhambakan dan menghampirkan diri kepada-Nya dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Tanpa mengenal Zat yang disembah, tidak akan membawa apa-apa makna dalam kehidupan kita. Makhluk seluruhnya berhajat dan berharap kepada pertolongan, perlindungan dan belas kasihan Allah.

Mengenal Allah boleh dicapai melalui berbagai-bagai cara. Umpamanya dengan melihat dan memikirkan kejadian-kejadian yang belaku disekeliling kita dan juga penghayatan Asma'ul Husna ( sifat-sifat Allah )


Kisah 1

Pada suatu hari, seorang guru memanggil tiga orang murid. Setiap orang diberi seekor burung untuk disembelih. " Sembelihlah burung ini di tempat yang tiada siapa pun melihatnya ".

Maka mereka pun beredar dan mencari-cari tempat yang sesuai. Setelah selesai, mereka pun kembali menemui guru mereka.
"Eh, mengapa kamu tidak sembelih burung itu?" tanya guru kepada salah seorang muridnya.
" Wahai guruku, walaupun tempat tersebut tersembunyi daripada pandangan orang, saya tidak dapat melakukannya kerana kemana-mana sahaja saya pergi, Allah maha melihat berbuatan ini "


Kisah 2

Pelajar :  Ustaz, macamana kita nak kenal Allah ?
Ustaz  :  Terdapat banyak cara untuk kita nak kenal Allah.
Pelajar :  Apakan cara-caranya ustaz?
Ustaz  :  Antaranya kita kenal Allah dengan melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan-Nya
Pelajar : Macam mana tu ?
Ustaz  : Cuba kamu lihat langit, bagaimanakah ia dicipta dan diangkat ke atas ?
Pelajar : Yalah ustaz, langit berada diatas tanpa diangkat. Betapa agungnya Allah s.w.t.

Tanda Kasih dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

     Seronoknya dapat barang percuma, apatah lagi barang yang diberi itu adalah barang yang sangat berharga dan merupakan keperluan. Yang memberi pula adalah daripada seseorang yang dikasihi, yang tentunya pemberian itu diingati sampai ke mati dan memberi kesan perhubungan yang mendalam.

     Namun dalam pada itu, ada pula segelintir yang mudah lupa akan barang berharga yang diperolehinya itu dan tidak memperdulukan perasaan orang yang telah memberinya. Itulah lumrah manusia.

     Dalam pada itu, ada sesuatu lagi yang manusia lupa akan pemberian percuma. Ia sememangnya ada pada kita sama ada sedar atau tidak iaitu oksigen yang kita sedut, denyutan nadi, aliran darah yang tidak berhenti, kesemuanya diberi sejak lahir ke dunia hingga ke saat ini. Siapa yang memberinya? Ya Allah s.w.t.

     Kalau Allah berkira dan charge segala yang disebut tadi kepada kita nescaya tidak terbayar oleh kita akan bil oksigen, bil denyutan nadi, dan bil aliran darah. Lihatlah Allah memberi sesuatu yang amat tinggi nilainya itu dengan percuma. Dan kita memerlukannya sepanjang hidup kita. kalau tidak, maka kita diucapkan " Innalillah wa inna ilaihi rojiuun".

     Cuba fikirkan seketika, seandainya mata kita sakit, merah menyala, berair dan sukar untuk dibuka terutama khususnya selepas tidur panjang. Ketika sujud pula terasa hampir terkeluar biji mata dan sukar untuk melihat. Bayangkan pula jika kita tidak dapat melihat untuk beberapa minit. Apatah lagi nikmat pengelihatan kita ditarik terus dan menjadi buta. Ketika itu barulah kita merasakan besarnya nikmat mata celik yang dikurniakan Allah walaupun seringkali manusia itu melupakan kasih Pencipta yang Maha Agong.

     Lihatlah sekeliling bumi kita yang terbentang luar, burung berkicauan, ikan di laut, haiwan di hutan, serangga melata, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, hujan, cahaya matahari, udara, air sungai, api yang menyala. Semuanya itu saling memerlukan dan saling melengkapi. Perlu difaham semuanya tidak dijadikan  Allah tidak sia-sia. Daripada semuanya itulah terbitnya makanan, minuman, ubat-ubatan, sayur-sayuran, dan segala sumber rezeki untuk kita. Semua dan segalanya dinikmati oleh kita dari Allah secara percuma.

      Justeru segala yang kita miliki dan perolehi ini tanda kasih Allah s.w.t. kepada hambaNya. Sebagai syarat kita terima tanda kasih Allah itu, hendaklah kita bersyukur serta menguatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan meningkatkan ibadah serta menjauhi apa yang dilarang. Ayuh kita bersujud kepada Allah s.w.t atas cinta dan belas kasih sayangNya kepada kita yang lemah, kerdil dan miskin tidak berdaya ini.

Sumber : GenQ oleh Ustaz Zamri Zainuldin



Tuesday 4 October 2011

Planet yang Ideal




     Sedar atau tidak, bumi yang kita diami merupakan sebuah planet yang paling sesuai untuk kehidupan kita. Terdapat banyak sistem kompleks yang sempurna dan berlaku tanpa henti. Ia disebut dalam Al Quran sebanyak 450 kali dengan penjelasan yang menakjubkan.

     Apabila dibandingkan dengan planet-planet lain, kita akan dapati bumi merupakan satu-satunya planet yang paling sesuai untuk didiami oleh manusia dan juga hidupan lain.

Allah berfirman yang bermaksud :
"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah diseluruh penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu ( kembali ) setelah dibangkitkan"
                                                                                        Surah Al-Mulk 67:15

     Terdapat banyak sistem yang seimbang pada bumi yang membolehkan manusia dan makhluk-makhluk lain terus hidup. Dengan memerhatikan keseimbangan sistem-sistem yang terdapat pada bumi ini, kita menyaksikan betapa sempurna dan hebatnya Allah swt yang menjadikan bumi untuk kehidupan kita. Bumi ini dijadikan dengan beribu-ibu kesesuaian untuk semua hidupan. Antaranya termasukkan saiz dan bentuk bumi, jarak dengan bulan dan matahari, kandungan gas di atmosfera, kelajuan putaran bumi dan pelbagai lagi.

Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Dan jika kamu bertanya kepada mereka : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab : Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan diatas bumi untuk kami supaya kamu mendapat petunjuk"
                                                                           Surah Al-Zukhruf 43: ayat 9-10

Kandungan gas di atmosfera secara umumnya mengandungi 78% gas nitrogen, 21% oksigen dan selebihnya 1% terdiri daripada gas karbon dioksida dan sebahagian kecil gas-gas lain. Peratus ini merupakan satu komposisi yang tepat untuk semua hidupan di bumi ini akan mati. Syukur kepada Allah yang menjadikan komposisi yang sempurna ini. Sebagai contoh, gas oksigen merupakan sejenis gas yang sangat penting untuk keperluan badan manusia, baik untuk pernafasan mahupun metabolisme badan. Terdapat satu mekanisma yang berlaku untuk memastikan komposisi ini tidak berubah. Tumbuhan hijau yang hidup berfungsi untuk menukar gas karbon dioksida dan menghasilkan kira-kira 190 bilion tan oksigen setiap hari. Manakala manusia dan haiwan menggunakan gas oksigen dan menghasilkan karbon dioksida untuk keperluan tumbuh-tumbuhan. Semua ini hukum alam yang dijadikan oleh Allah. Sesungguhnya Allah bersifat Zuljalali walikram yang mempunyai keagungan dan kemuliaan yang maha luas dan meliputi sekalian makhlukNya.
Wallahu a'lam.

Sumber : Solusi Isu 36 oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib