About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Saturday 12 November 2011

Matlamat Hidup


Kejadian manusia adalah sebaik-baiknya berbanding dengan makhluk yang lain. Mereka juga sebagai penerima kurniaan Allah SWT yang terbanyak. Bersesuaian dengan sifatnya dikenali sebagai semulia-mulia kejadian, mereka diamanahi dengan tugas dan tanggungjawab yang luhur, yang hanya diberikan kepada mereka sahaja.

... Adakah kamu fikir, kami jadikan kamu dengan sia-sia sahaja dan kamu sangka kamu tidak kembali kepada kami ( pada hari pembalasan )....


Persoalan yang ditimbulkan melalui wahyu ini sewajarnya menjadi bahan renungan yang intim dalam jiwa setiap Muslim yang ingin meningkatkan ketaqwaan kepada Penciptanya. Kalaulah seekor semut pun ada manfaatnya dari kejadiannya, apa lagi insan yang sempurna kelahirannya.

Tegasnya kelahiran anak Adam di muka bumi adalah untuk melaksanakan amanah Allah. Amanah ini mestilah dilalui dengan berdasarkan keimanan dan keikhlasan hati yang tujuannya semata-mata mendapat keredhaanNya. Syariat Islam yang dijalani dapat melambangkan kepatuhan seseorang terhadap agama dan selaras dengan ajaran Islam yang berlandaskan perinsipnya kepada tiga faktor iaitu pengakuan dengan lisan, tasdiq dengan hati dan amalan dengan tubuh badan. Amal ibadah yang dilakukan dengan ikhlas, dapat melambangkan kejernihan hati serta ketaqwaan terhadap Allah.

No comments:

Post a Comment