About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Wednesday 30 November 2011

Bersolat Tanda Beriman Kepada Allah


5 SEBAB KENAPA BERSOLAT

1. SOLAT MENJADI BUKTI PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH SWT
Solat adalah bukti pengabdian diri seorang hamba kepada Allah s.w.t . Ia juga tanda seorang hamba itu beriman kepada Allah. Firman Allah dalam surah al Zumar ayat 11 yang bermaksud :
"Katakanlah lagi ( wahai Muhammad ) Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya.

2. SOLAT MENJADI SUMBER KETENANGAN DALAM DIRI
Ibadah solat mempu menjana perasaan tenang dalam diri. Apabila kita bersolat, seluruh jiwa kita serahkan kepada Allah s.w.t. Ini dinyatakan dalam surah al Ra'd ayat 28 yang bermaksud :
" (Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.

3. SOLAT MENJADI BENTENG DIRI DARIPADA PERKARA MUNKAR
Solat yang sempurna daripada aspek hukum hakamnya berserta dengan kualiti khusyuk, mampu menjadi perisai kepada perkara-perkara keji dan munkar. Allah berfirman dalam surah alAnkabut ayat 45 yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ( faedahnya dan kesannya ) dan ingatlah Allah mengetahui akan apa-apa yang kamu kerjakan"

4. SOLAT ADALAH CIRI-CIRI ORANG YANG BERJAYA
Solat adalah perkara utama yang akan dinilai oleh Allah s.w.t. Pada penilaian Allah, orang yang melaksanakan ibadah solat dengan khusyuk ialah orang yang berjaya disisiNya. Firman Allah s.w.t dalam surah al Mu'minun ayat 1 dan 2 yang bermaksud:
" Sesungguhnya berjayalah orang yang berilmu ( Iaitu )  mereka yang khusyuk dalam solatnya"

5. SOLAT ADALAH TANDA SYUKUR
Ibadah solat pasti menjadi cermin kepada orang yang mensyukuri nikmat Allah. Sebagai tanda mereka bersyukur kepada Allah, orang yang beriman pasti akan menunaikan solat dengan penuh khusyuk. Firman Allah dalam al Kawthar ayat 1-3 yang bermaksud:
" Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban ( sebagai bersyukur ). Sesungguhnya orang yang bencikan Engkau, dialah yang terputus daripada mendapat sebarang perkara yang diingini.


No comments:

Post a Comment