About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Bacalah Sayang


Bacalah sayangku....
Tahukah kamu, Uniknya ciptaan Allah...

Kuda yang pandai menyelam

Di laut terdapat spesis ikan yang menyerupai kuda dan dikenali sebagai kuda laut. Kuda laut hanya boleh berenang perlahan-lahan dan bergerak keatas dan kebawah dengan mengubah kandungan udara dalam perutnya.
Kuda laut sering menambatkan ekornya pada karang atau rumput laut untuk mengelak daripada dihanyutkan oleh arus. Walaupun kuda laut tidak boleh memusingkan kepalanya, namun matanya boleh bergerak-gerak untuk melihat kawasan sekeliling. Anehnya kuda laut merupakan satu-satunya haiwan jantan yang melahirkan anak. Kuda laut betina akan mengeluarkan telur lalu disenyawakan dalam perut  kuda laut jantan. Telur tersebut akan berada dalam perut kuda laut jantan antara 10 hari hingga 6 minggu. Setelah telur itu menetas dalam perut kuda laut jantan, anak-anak pun dilahirkan.

Ikan badut pandai bersembunyi

Ikan badut mempunyai warna terang dan menarik. Ikan badut hidup dicelah-celah karang berbentuk rumpai yang dinamakan anemon. Anemon mempunyai racun yang boleh membunuh. Oleh sebab itu semua ikan tidak berani mendekati anemon. Akan tetapi ikan badut mempunyai cecair yang menjadikannya kebal dari racun tersebut. Ikan badut kerap bersembunyi dicelah-celah anemon untuk menyelamatkan diri daripada ikan-ikan pemangsa.



Ikan pemancing mempunyai cahaya di kepala

Ikan pancing hidup di laut yang dalam dan gelap gelita. Keanehan ikan ini terdapat pada spesis betinanya yang memiliki cahaya seumpama mentol pada hujung sirip di kepalanya. Fungsi cahaya tersebut ialah untuk menarik perhatian ikan-iakn kecil untuk dijadikan makanannya. Bentuk ikan pemancing seumpama ikan buntal tetapi saiznya lebih besar. Ikan pemancing mempunyai gigi yang tajam dan menggerunkan.



Ikan paus haiwan terbesar

Tahukan anda haiwan yang paling besar didunia terdapat di laut? Haiwan tersebut ialah ikan paus biru. Panjangnya boleh menjangkau 33 meter menyamai ketinggian bangunan lima tingkat. Ia akan makan haiwan-haiwan kecil seperti ikan dan udang sebanyak empat tan sehari. Makanan yang sebanyak itu membantunya mengekalkan suhu badannya antara 34 darjah celcius hingga 37 darjah celcius. Ikan paus mempunyai deria pendengaran dan sentuhan yang amat peka. Ia mengetahui arah dalam air dan mengesan objek sekeliling melalui penbalikkan gema suara yang dibuatnya.






Analogi sebatang pokok

Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.

Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.

Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar dan bermanfaat kepada makhluk yang lain.


Pokok buah-buahan.

Perhatikan pokok buah-buahan. Renungi keajaibannya. Pokok buah-buahan yang bermacam-macam jenis itu tumbuh di atas tanah yang sama, mendapat air dari tanah atau sungai yang sama, mendapat cahaya daripada sinar matahari yang sama, mendapat garam galian ( baja ) yang sama, tetapi anehnya, rasa buah-buahan tidak sama. Rasa buah strawberi tidak sama dengan rasa buah anggur walaupun kedua-duanya hidup bersebelahan. Itulah uniknya ciptaan Allah. Belajarlah dari alam yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah.


                                                                         
 Penciptaan Langit.

Langit yang kelihatan biasa sebenarnya sangat luar biasa. Mari kita bandingkan dengan piramid yang dianggap binaan paling ajaib di dunia. Kita hairan melihat piramid yang dibina dari beribu-ribu tan batu itu hanya mempunyai satu tiang sahaja, sedangkan rumah yang kecil pun memerlukan lebih dari satu tiang untuk menyokong binannya.

Anehnya tidakkah manusia hairan dan mengakui kekuasaan Allah yang mencipta langit tanpa sebarang tiang pun yang jauh lebih hebat daripada piramid ? Bayangkan sebuah kapal terbang yang terbesar di dunia , apabila naik lebih tinggi , ia akan hilang di sebalik awan atau ghaib ditelan keluasan langit. Sesungguhnya kapal terbang ciptaan manusia sangat kecil dibandingkan dengan langit ciptaan Allah.

Kejadian Malam dan Siang

Tidak ada satu saat pun kejadian siang dan malam melepasi waktunya. Ini kerana Allah telah menetapkan waktu yang tepat untuk siang berganti malam dan malam berganti siang. Semuanya Allah SWT aturkan dengan sempurna. Langit pada siang berbeza dengan langit pada waktu malam. Pada waktu siang , bumi disinari dengan cahaya matahari. Pada waktu malam pula, langit dihiasi dengan bintang-bintang dan manusia menjadi malam untuk berehat. Kejadian malam dan siang berlaku apabila bumi berputar mengelilingi matahari. Siang terjadi ketika bahagian bumi menghadap matahari, manakala apabila bahagian bumi membelakangi matahari maka berlakulah malam. Satu putaran bumi pada paksinya mengambil masa 24 jam. Sebagai manusia, kita seharusnya bersyukurdan menggunakan kebijaksanaan akal kita untuk mengatur kehidupan kita sehari-hari. Firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan buli dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal" ( Surah Ali Imran : 190 ).

Rahsia disebalik cap jari

Pada hujung setiap hujung jari kita, terdapat aluralur kecil yang membentuk corak tertentu yang dinamakan cap jari. Apabila Al Quran diturunkan 1400 yang lalu, pengetahuan tentang cap jari masih belum dapat dinilai. Sehinggalah pada 1856, seorang saintis Inggeris Genn Ginsen menemui corak-corak pada hujung jari seseorang yang begitu unik dan berbeza antara satu individu dengan individu lain.
Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah swt mempunyai corak cap jari yang tersendiri yang tidak akan sama dengan orang lain. Bahkan jika sepasang kembar seiras yang mempunyai DNA yang sama namun cap jari mereka berbeza. Cap jari telah terbentuk sejak lahir dan tidak akan berubah sampai bila-bila melainkan jika berlaku kecederaan yang menyebabkan parut yang kekal pada jari. Bahkan menurut kajian, didapati cap jari mula terbentuk seawal usia tiga bulan dalam kandungan. Alangkah hebatnya ciptaan Allah kepada kita. Struktur yang kecil tetapi kompleks dan unik, sehingga Allah menyebutnya dalam Al Quran.


Air Laut Masin Dan Air Tawar Tidak Bercantum.


"DIA biarkan air dua laut ( yang masin dan yang tawar) mengalir, sedangkan keduanya pula bertemu ; Diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya ; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak didustakan - Surah Al Rahman ayat 19-20.

Inilah bukti kekuasaan Allah. Saintis telah pun menkaji 2 laut ini dan kedua-duanya mempunyai kompisisi, suhu, kemasinan dan juga ketumpatan yang berbeza. Tetapi al Quran sudah menyebutnya 1400 tahun lampau. Kini para saintis dapat membuktikannya melalui penemuan demi penemuan.

                                                                                     Misteri ada Sungai dalam Laut

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. (Surah Al Furqan:53)






Renungkan kisah-kisah ini ...

BATU KERIKIL BERTASBIH DI TELAPAK TANGAN RASULULLAH


Abu Zar r.a suka mendampingi Rasulullah SAW untuk mendengar hadis dan belajar daripada baginda. Pada satu hari Abu Zar pergi menemui Rasulullah  di suatu tempat. Rasulullah bertanya " Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari ?". Maka dijawabnya kerana rasa cintanya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Kemudian baginda meminta Abu Zar duduk disampingnya. Kemudian datang pula Abu Bakar as Siddiq, Umar r.a dan diikuti oleh Uthman r.a. Rasulullah bertanya kepada mereka satu persatu " Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?' Maka jawapan mereka adalah sama dengan jawapan Abu Zar " Saya datang ke sini didorong kecintaan kepada Allah dan Rasulullah".

Kemudian Rasulullah menggenggam tujuh atau sembilan butir batu kerikir. Tiba-tiba batu itu bertasbih di tangannya. Kemudian baginda memberi batu-batu itu kepada Abu Bakar. batu itu terus bertasbih di tangan Abu Bakar. Kemudian Abu Bakar meletakkan batu itu di tanah, dan batu itu diam membisu. Rasulullah meminta Umar untuk mengambil batu itu. Kemudian batu itu bertasbih di tangan Umar seperti ia bertasbih di tangan Rasulullah dan Abu Bakar. Kemudian Rasulullah meletakkan batu itu ke tangan Uthman lalu ia terus bertasbih. Kemudian Rasulullah meletakkannya semula di atas tanah. Batu-batu itu berhenti bertasbih. ( Riwayat al Baihaqi, al Bazzar dan at Thabrani ).

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan dan memperbanyakkan bertasbih kepada Allah SWT. Sedangkan batu turut bertasbih di hadapan Rasulullah, kita sebagai hamba-Nya, mesti turut bertasbih.

DAYANG PUTERI FIRAUN
Mashitah ialah dayang kepada puteri Firaun. Pada suatu hari sedang dia menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikatnya terjatuh kelantai. Oleh kerana terkejut, keluarlah kalimah ALLAH daripada mulutnya. Perkara tersebut telah sampai kepengetahuan Firaun, lalu baginda memerintahkan Mashitah datang mengadap. Dengan murka Firaun bertanya " Siapakah Allah itu ?" "Allah ialah tuhanku, tuhanmu dan tuhan seluruh alam." jelas Mashitah dengan berani. Akibat daripada itu, Mashitah dan keluarganya yang telah beriman kepada Allah dicampakkan kedalam kawah yang sedang mendidih airnya. Keteguhan dan kekuatan iman Mashitah yang yakin dengan kekuasan Allah telah mendapat ganjaran syurga. Peristiwa itu digambarkan ketika nabi Muhammad SWT di Isra' Mikrajkan, sehingga baginda dapat menghidu keharuman bau roh Mashitah.



KEKUASAAN ALLAH

Ketika Rasulullah sedang berehat bersama tenteranya semasa memerangi tentera pimpinan Duatsur bin Alharisah, baginda telah menanggalkan bajunya yang basah. Tiba-tiba Daktsur datang dengan sebilah pedang yang terhunus dari arah belakang Rasulullah SAW sambil bertempik " Siapakah yang datang menyelamatkan engkau walah Rasulullah ?". Rasulullah SAW menjawab dengan tenang " Allah ". Mendengar jawapan itu, Daktsur gementar ketakutan sehingga pedang yang dipegangnya terjatuh. Baginda mengambil pedang itu lalu berkata, "Siapakah yang boleh menyelamatkan engkau sekarang wahai Duatsur?"


ALLAH MAHA MEMBERI PETUNJUK

Hassan seorang murid yang cerdik tetapi malas dan degil. Kedegilannya merungsingkan ibu bapa dan keluarganya. Dirumah dia malas mengulangkaji pelajaran dan membantu keluarganya. Dia asyik bermain dan menonton televisyen hingga lalai menunaikan solat. Dia kerap dinasihati oleh ibubapa dan gurunya. Mereka sangat bersabar dengan kerenahnya. Usaha yang gigih tanpa jemu dilakukan untuk mengajak Hassan berubah tetapi tidak dihiraukan.
Pada suatu malam, Hassan telah tertidur tanpa menunaikan solat. Dalam tidurnya dia bermimpi dibakar dalam api yang marak. Dia menjerit meminta tolong kepada ibubapa dan gurunya. Mereka melihat sahaja tetapi tidak terdaya menolongnya. Hassan terdengar sesuatu " itulah balasan kepada anak yang derhaka dan meninggalkan solat ".
Sejak hari itu, Hassan insaf akan kesalahannya. Berkat petunjuk dan hidayah Allah, Hassan berubah menjadi murid yang taat kepada ibubapa dan guru serta berjaya dalam pelajarannya. Orang yang mendapat petunjuk Allah akan memperolehi kebahagiaan didunia dan diakhirat.


ALLAH MAHA BERKEHENDAK

Namrud amat murka kepada Nabi Ibrahim Alaihi Salam kerana baginda mengajak manusia supaya beriman kepada Allah. Namrud memerintahkan nabi Ibrahim dihumban kedalam api. Apabila sampai masa yang ditentukan, api dinyalakan. Namrud berasa gembira kerana pada hari itu dia akan membakar nabi Ibrahim hidup-hidup. Nabi Ibrahim tetap tenang. Baginda bertawakkal kepada Allah. lalu Namrud dengan kejam memerintahkan supaya nabi Ibrahim dicampak kedalam unggun api yang besar itu.
Allah taala menghendaki supaya nabi Ibrahim selamat. Allah berfirman yang bermaksud " Wahai api hendaklah engkau menjadi dingin dan selamatkan ibrahim". Setelah api tersebut padam, nabi Ibrahim pun keluar dari unggun api tersebut dalam keadaan selamat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku keatas baginda.


ALLAH MAHA MENGETAHUI

Pada suatu malam khalifah Umar bin Alkhatab keluar meninjau disekeliling kota Madinah. Setelah penat berjalan khalifah berhenti rehat berhampiran sebuah rumah. Tiba-tiba khalifah terdengar perbualan antara ibu dengan anaknya dari dalam rumah.
"Wahai anakku, campurkan sedikit air kedalam susu itu agar menjadi banyak"
"Ibu khalifah melarang kita menipu dalam perniagaan"
"Tidak mengapa, khalifah tidak melihat apa yang kita lakukan"
"Walaupun khalifah tidak tahu, tetapi Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan".


Hidup biarlah berilmu, beriman dan beramal...