About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sunday 11 December 2011

Apakah Asmaul Husna ?


Asmaul Husna
Allah mempunyai nama-nama yang menunjukkan keagungan dan kesempurnaannya. Allah sahaja yang layak dan berhak diberikan nama-nama yang sesuai dan selari dengan kesempurnaan dan keagungannya. Nama-Nama Allah dinamakan Asmaul Husna yang bererti Nama-Nama Allah Yang Maha Indah. Bilangan nama Asmaul Husna ada sebanyak 99. Nama yang paling banyak disebut dalam al Quran iaitu lafaz Allah iaitu sebanyak 2697 kali.
Firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud
" Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa dan yang mempunyai nama yang paling baik. Bertasbihlah kepadaNya apa yang ada dilangit dan dibumi dan Dialah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
Tujuan mengenal Asmaul husna.
  • Untuk mengenal tuhan yang mencipta alam ini serta dapat memikir dan menghayati   nama tersebut yang mengandungi sifat-sifat ketinggian dan kesempurnaan Allah.
  • Untuk membentuk cara hidup dalam pelbagai aspek selaras dengan tugas yang telah ditetapkan oleh Allah.
  • Manusia juga dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan menyebut Nama-Nama Allah dengan betul dan fasih.
  • Dilimpahi rahmat dan kebaikan oleh Allah apabila membanyakkan sebutan dan sentiasa mengingatinya.
  • Manusia juga memohon kepada Allah melalui nama-nama yang indah itu dan boleh meningkatkan keimanan seseorang serta dapat menghapuskan syirik.
Keistimewaan Asmaul Husna
Asmaul Husna hanya khusus untuk Allah sahaja. Tidak ada sesiapa pun yang boleh dinamakan dengan nama-nama Allah, sama ada secara hakiki atau pun majazi. Nama Allah tidak boleh disekutui oleh sesiapa selainnya, sama ada dari segi maknanya atau pun hurufnya. Itulah Nama-Nama Allah yang Maha Agung.

No comments:

Post a Comment