About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Friday 30 September 2011

Sepasang Mata Dan Telinga Yang Cantik


Pernahkan kita berfikir dan membayangkan keadaan diri kita jika sekiranya Allah swt tidak menjadikan sepasang mata dan sepasang telinga ?
      Sepasang mata dan telinga yang dimiliki oleh manusia adalah merupakan dua organ deria yang besar nikmatnya kepada manusia dan haiwan. Tanpa kedua-duanya, manusia dan haiwan tidak dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan dan tidak dapat mendengar bunyi-bunyian. Mengapakan Allah menjadikan kedua-dua organ tersebut berpasang-pasangan serta diletakkan kedua-duanya ditempat yang sesuai?
      Mata dapat mengesan cahaya, warna, bentuk dan jarak gerakan sesuatu objek. Melihat melalui kedua-dua belah mata lebih jelas pengelihatan berbanding melihat dengan sebelah mata. Telinga pula adalah berfungsi mengesan bunyi, tekanan udara, gerakan dan keseimbangan badan. Cuping telinga yang berada diluar berperanan mengumpul sumber bunyi untuk diarahkan ke gegendang telinga yang berada di dalamnya. Setelah itu gegendang akan menghantar bunyi ke koklea sehingga terus ke saraf otak untuk difahami. Mendengar melalui kedua-dua telinga akan menjadi lebih jelas dan tepat, berbanding dengan hanya sebelah telinga.
Mafhum firman Allah :
     Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua mata, lidah dan bibir ?
                                                                                                              Surah al-Balad ayat 8-9
      Deria pengelihatan dan pendengaran yang dikurniakan Allah swt bukan sekadar untuk mencantikkan kejadian diri manusia, tetapi mempunyai fungsi yang lebih hebat daripada itu. Melalui mata manusia dapat melihat semua kejadian, menilai dan memikir sesuatu yang baik dan buruk sehingga akhirnya timbul kesedaran dan keinsafan terhadap tanda-tanda Kebesaran Allah dan KekuasaanNya. Manakala telinga pula berfungsi mendengar kalam Allah, Rasul serta ulama sebagai panduan untuk melakukan perkara-perkara makruf dan mencegah diri daripada kemungkaran. Keadaan ini dapat menembahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
      Manusia hendaklah memelihara dan menggunakan mata dan telinga untuk melihat dan mendengar sesuatu yang baik dan mengelak daripada melihat dan mendengar kemungkaran. Itulah tanda orang yang bersyukur terhadap nikmat Allah.
      Ketika manusia dibangkitkan pada hari kiamat, anggota mata dan telinga akan menjadi saksi yang benar kepada Allah. Semua anggota badan akan melapor, mencerita dan memberi keterangan terhadap segala perbuatan yang telah dilakukan oleh tuannya. Ketika itu barulah manusia menyedari dan menginsafi segala kebenaran ayat-ayat Allah dan seruan RasulNya. Lantaran itu mereka menyesal dan memohon keampunan Allah, tetapi....malangnya kehidupan di dunia sudah pun berakhir.
      Semoga dengan renungan ini, kita dimasukkan ke golongan yang benar, yang sentiasa bersyukur kerana menggunakan nikmat kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment