About Me

My photo
D20102045896 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tuesday, 4 October 2011

Planet yang Ideal




     Sedar atau tidak, bumi yang kita diami merupakan sebuah planet yang paling sesuai untuk kehidupan kita. Terdapat banyak sistem kompleks yang sempurna dan berlaku tanpa henti. Ia disebut dalam Al Quran sebanyak 450 kali dengan penjelasan yang menakjubkan.

     Apabila dibandingkan dengan planet-planet lain, kita akan dapati bumi merupakan satu-satunya planet yang paling sesuai untuk didiami oleh manusia dan juga hidupan lain.

Allah berfirman yang bermaksud :
"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah diseluruh penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu ( kembali ) setelah dibangkitkan"
                                                                                        Surah Al-Mulk 67:15

     Terdapat banyak sistem yang seimbang pada bumi yang membolehkan manusia dan makhluk-makhluk lain terus hidup. Dengan memerhatikan keseimbangan sistem-sistem yang terdapat pada bumi ini, kita menyaksikan betapa sempurna dan hebatnya Allah swt yang menjadikan bumi untuk kehidupan kita. Bumi ini dijadikan dengan beribu-ibu kesesuaian untuk semua hidupan. Antaranya termasukkan saiz dan bentuk bumi, jarak dengan bulan dan matahari, kandungan gas di atmosfera, kelajuan putaran bumi dan pelbagai lagi.

Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Dan jika kamu bertanya kepada mereka : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab : Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan diatas bumi untuk kami supaya kamu mendapat petunjuk"
                                                                           Surah Al-Zukhruf 43: ayat 9-10

Kandungan gas di atmosfera secara umumnya mengandungi 78% gas nitrogen, 21% oksigen dan selebihnya 1% terdiri daripada gas karbon dioksida dan sebahagian kecil gas-gas lain. Peratus ini merupakan satu komposisi yang tepat untuk semua hidupan di bumi ini akan mati. Syukur kepada Allah yang menjadikan komposisi yang sempurna ini. Sebagai contoh, gas oksigen merupakan sejenis gas yang sangat penting untuk keperluan badan manusia, baik untuk pernafasan mahupun metabolisme badan. Terdapat satu mekanisma yang berlaku untuk memastikan komposisi ini tidak berubah. Tumbuhan hijau yang hidup berfungsi untuk menukar gas karbon dioksida dan menghasilkan kira-kira 190 bilion tan oksigen setiap hari. Manakala manusia dan haiwan menggunakan gas oksigen dan menghasilkan karbon dioksida untuk keperluan tumbuh-tumbuhan. Semua ini hukum alam yang dijadikan oleh Allah. Sesungguhnya Allah bersifat Zuljalali walikram yang mempunyai keagungan dan kemuliaan yang maha luas dan meliputi sekalian makhlukNya.
Wallahu a'lam.

Sumber : Solusi Isu 36 oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib

No comments:

Post a Comment